Sudah menjadi lumrah setiap ibu bapa pastinya mahukan anak yang dilahirkan berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Dalam pada itu, terdapat anak yang baru dilahirkan memerlukan pantauan daripada pihak hospital serta para petugas berikutan keadaan kesihatan melibatkan demam kuning dan sebagainya.

Di sebalik pantauan serta kerja keras daripada pelbagai pihak, masih terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap bayi individu lain dengan merakamkan detik bayi menangis di bawah fototerapi hanya demi konten di TikTok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan sekadar rakam, wanita dengan akaun TikTok @shahiraazman1996 ini turut memasukkan bunyi latar yang kurang sesuai beserta carutan bagi video bayi menangis ini.

Perkongsian wanita ini telah meraih perhatian netizen yang bengang dengan tindakan jururawat ini yang seolah tidak bertanggungjawab terhadap tugas yang dilakukan. Malah, tindakan merakam bayi menangis bagi konten TikTok antara yang membuatkan para netizen lebih berang. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu yang berlaku.

https://twitter.com/najihahezaha/status/1537621129409761281

Selain itu, terdapat juga netizen yang memaklumkan rakaman tersebut dilakukan di UKM Specialist Centre (UKMSC) yang sekaligus membuatkan pihak UKMSC tampil dengan kenyataan rasmi memaklumkan individu yang merakamkan video tersebut merupakan bekas petugas yang telah menamatkan perkhidmatan bersama UKM pada awal tahun 2022.

Setakat artikel ditulis, Instagram dan TikTok petugas ini tidak lagi aktif berikutan kecaman daripada pihak netizen. Diharapkan semoga kes seperti ini dapat menjadi pengajaran kepada para petugas kesihatan sekaligus menjamin setiap bayi mendapat perlindungan sebaiknya.

Tular pada hari ini apabila porter ini mendedahkan upah yang diterima untuk membawa barangan sejauh 6 kilometer di Gunung Kinabalu.

‘Murahnya, Sekilo RM5?’ – Pendedahan Upah Porter Di Gunung Kinabalu Ini Buat Netizen Terkejut

Isteri Baru Tahu โ€˜Suaminyaโ€™ Adalah Seorang Wanita Selepas Hampir Setahun Berkahwin