Kecoh sejak semalam di media sosial apabila peniaga yang berniaga menerusi platform TikTok Shop mendakwa wang dalam akaun TikTok mereka ‘lesap’ sehingga puluhan ribu ringgit.

Perkongsian yang dibuat menerusi Facebook ini telah membuatkan peniaga-peniaga serta pengguna TikTok lain panik dan hairan mengetahui platform tersebut yang secara tiba-tiba ‘mengambil’ wang tanpa pengetahuan pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian Facebook Iekaa Mustapha, beliau memaklumkan terdapat peniaga yang kehilangan sehingga RM20,000 berikutan TikTok mengenakan caj free shipping kepada peniaga menerusi barangan yang telah terjual sejak dua atau tiga bulan terakhir.

Menerusi luahan yang dikongsikan pihak peniaga yang dianiaya, ramai yang tidak mengetahui TikTok mengenakan kos penghantaran yang dimaklumkan ‘percuma’ kepada peniaga.

Sementara itu, terdapat dakwaan yang memaklumkan isu kehilangan wang yang berlaku pada akaun peniaga TikTok ini hanyalah sekadar glitch dan bakal dikembalikan semula. Dalam pada itu, setakat ini masih belum terdapat sebarang perkongsian rasmi daripada pihak TikTok terhadap isu yang berlaku.

Sehubungan dengan itu, orang ramai khususnya para peniaga yang mahu berniaga pada sesebuah platform dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat sebaiknya sebelum meneruskan untuk berniaga pada platform tersebut.