Sejak mula diperkenalkan, Apple iPhone seringkali dikaitkan dengan produk yang mahal dan premium. Pelbagai jenama termasuk LV dan Gucci berlumba-lumba untuk menghasilkan aksesori buat iPhone agar tampak lebih bergaya.

Namun buat peminat aksesori mahal, case Advent keluaran Gray International ini mungkin bakal menambat hati anda. Case ini dinobatkan sebagai case termahal iPhone 7 dan mula dijual dengan harga $1,000 USD. Mengapa ia dijual dengan begitu mahal? jawapannya terletak pada material yang digunakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dikatakan case Advent menggunakan Grade 5 titanium dimana material ini merupakan material yang sama digunakan pada aeroangkasa. Hanya 500 unit yang dihasilkan dan setiap satu daripadanya hadir dengan no siri yang berbeza-beza.

gray-international-advent-apple-iphone-7-case-1

aerospace_grade_titanium-min_1024x1024_bb9fd153-7358-4703-a057-88b5cd2487c6_1024x1024

friction_fit_assembly-min_1024x1024_2b51d373-b972-4756-aeb4-6f2600cd217b_1024x1024

gray-international-advent-apple-iphone-7-case-2

Buat anda yang berminat, anda boleh dapatkan Advent ini di sini dengan harga $1000 USD (~RM4404.85). Hadir dengan pemilihan warna ‘Satin’, ‘Stealth’ dan ‘Aurora’. Warna Gold merupakan keluaran paling eksklusif daripada Advent yang dijual dengan harga $1,150 USD (~RM5065.58).

Jika anda merasakan iPhone 7 tidak cukup eksklusif dan premium, mungkin penggunaan case ini bakal melengkapinya.

Sumber