Adakah anda salah seorang yang kerap menggunakan kamera iPhone anda? Atau adakah anda seorang yang inginkan ‘feed’ Instagram anda penuh dengan gambar yang penuh seni dan bersama filter-filter yang menarik? Jika ya, mungkin penggunaan case ini bakal memberikan pengalaman berbeza semasa menggunakan iPhone anda.

Penggunaan aksesori untuk iPhone bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama digunakan sewaktu iPhone 4 lagi. Case iPhone daripada Helium ini mengambil pendekatan yang berbeza dengan menyediakan hampir 17 aksesori di dalam satu set.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untitled23

Case daripada Helium ini boleh dimuatkan untuk iPhone 6, 6 Plus, 6S dan 6S Plus. Dilengkapi dengan 16 mounting points, bakal membolehkan penggunaan untuk padankan bersama tripod, microphone, lens, dan beberapa aksesori lain.

17 aksesori mungkin agak terlalu banyak dan keterlaluan untuk sesebuah iPhone, tapi mungkin sedikit sebanyak bakal memberi kepuasan buat iPhonegrapher untuk mendapatkan imej yang terbaik.

Untitled12

Sumber