CASETiFY kembali membuat kolaborasi edisi terhad ke-2 bersama Pokémon kini dengan pilihan produk yang lebih banyak. Menariknya kali ini tempahan untuk rekaan sendiri juga dibuka untuk orang ramai.

Kolaborasi kali ini tidak hanya terhad kepada peranti Apple sahaja tetapi juga untuk aksesori telefon pintar yang lain. Sama seperti kolaborasi edisi yang lalu, CASETiFY akan kembali membawakan karakter popular untuk rekaan case telefon. Antara karakter yang trsedia ialah Bulbasaur, Mew, Charmander, Eevee, Snorlax dan Pikachu.

capture-20190628-143838

Edisi Pokédex Drop 2 ini turut menampilkan beberapa aksesori lain seperti AirPod case dan tapak pengecas tanpa wayar. Kesemua case iPhone dijual dengan harga USD45 (~RM186) sahaja dan MacBook case berharga USD55 (~RM227) sahaja. Layari laman web rasmi CASETiFY sebelum kesemua kehabisan stok.

Sumber