Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bersempena dengan ulang tahun ke-30 filem animasi Jepun iaitu Kiki’s Delivery Service, Studio Ghibli tampil berkolaborasi dengan Casio USA menghasilkan koleksi jam edisi khas.

Model yang digunakan adalah BABY-G dan menariknya koleksi edisi khas ini, ia tampil dengan watak-watak dalam filem animasi itu iaitu Kiki dan kucingnya Jiji pada bahagian hadapan jam. Malah, warna biru dipilih untuk kesulurahan jam tangan ini.

Koleksi ini berharga ¥15,800 JPY (~RM587) dan boleh dibeli di butik-butik terpilih di Jepun pada bulan April ini.

2000

Anda Mungkin Suka