Dikeluarkan pada tahun 1991, jam tangan Casio F-91W menampilkan kelainan dengan skrin LCD, tiga butang di sisi, alat merekodkan masa dan kalendar yang memudahkan pengguna. Tambahan daripada itu, ianya hadir dengan bateri yang bertahan sehingga tujuh tahun.

Sejak daripada itu, F-91W telah merekodkan pengeluaran sebanyak tiga juta dalam masa setahun dan telah dijual kepada orang ramai dengan harga $20 bersamaan dengan RM80 untuk satu unit.

Thenextweb.com memanggilnya sebagai jam tangan ‘karya sederhana’ tetapi telah menarik minat beberapa pemimpin dunia untuk memakainya dan antaranya adalah bekas Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

osmogo0kxqlx2bjedhx5
Kumparan.com

Dari hipster hingga ke pengganas

F-91W telah menarik anak muda dengan falsafah gaya 80-an sambil digandingkan dengan Ray-Bans dan gaya fesyen seperti kugiran Kraftwerk. F-91W juga telah digunakan oleh peminat yang mementingkan gaya hidup sihat dengan bersukan. Tidak seperti jam keluaran mewah jenama Swiss, model ini telah mendapat tempat di hati para peminat muda yang mempunyai falsafah gaya hipster.

Tetapi tahukah anda apa persamaan yang ada pada hipster dan juga pejuang jihad? Kalau jawapan anda adalah fesyen atau gaya hidup mereka, anda salah. Jawapan yang tepat adalah jam Casio F-91W.

Pada tahun 2011, Wikileaks telah mengeluarkan satu laporan bahawa setiap penjenayah yang ditahan di Guatanamo kerana dikaitkan dengan aktiviti keganasan adalah pengguna setia jam tangan Casio F-91W dan The Guardian melaporkan bahawa jam tangan tersebut adalah ‘tanda rasmi kumpulan al-Qaeda’.

Antara alasan yang digunakan ahli kumpulan tersebut adalah model tersebut kalis air dan mudah untuk digunakan ketika mengambil wuduk. Manakala tahanan lain menyatakan bahawa model tersebut mempunyai kompas yang membolehkan mereka untuk menentukan arah kiblat ke Mekah ; tetapi alasan ini tidak boleh digunakan pakai kerana model tersebut tidak dihasilkan kompas bersamanya.

Tetapi secara dasarnya, model ini telah digunakan untuk membuat bom. Wikileaks melaporkan bahawa F-91W telah diserahkan sejak hari pertama mereka hadir ke kem latihan pengganas di mana para pejihad muda akan mempelajari bagaimana untuk menghasilkan bom daripada jam seberat 21 gram tersebut.

Dalam laporan terbabit juga ada menyebut, “Kira-kira satu pertiga daripada tahanan Guatanamo yang ditangkap dengan model jam tangan ini mengetahui [cara] sambungan kepada bahan letupan – sama ada telah menghadiri latihan bahan peledak atau mempunyai pengetahuan IED [Improvised Exploding Devices] atau mempunyai hubungan dengan seseorang yang dikenalpasti sebagai pakar peledak.”

Kejadian 1994

Salah satu rujukan awal bom buatan sendiri hadir pada 1994 apabila dua anggota al-Qaeda, Abdul Hakim Murad dan Ramzi Ahmed Yusef telah dihadapkan ke mahkamah kerana merancang untuk mengebom pesawat komersial Filipina dengan menggunakan bateri dengan kapasiti 9 volt, botol yang berisi nitrogliserin dan jam tangan Casio F-91W yang telah dihubungkan bersama-sama di atas papan litar.

Komponen-komponen tersebut boleh dibuka dan dimasukkan secara berasingan melalui cara yang telah lama dipraktikan oleh Yusef. Ianya telah diletakkan di bawah kerusi tempat duduk penumpang dan telah mengorbankan seorang penumpang manakala 10 lagi cedera.

Screen-Shot-2015-10-20-at-10.52.342
Wikipedia Commons

Sejak daripada itu, Washington Post telah mengeluarkan artikel pada tahun 1996 dalam usaha untuk mendokumentasikan kebangkitan bom buatan sendiri.

Dalam laporan tersebut, R. Jeffrey Smith meminta pemimpin dunia agar tidak melihat kepada masa hadapan tetapi seharusnya melihat kepada masa kini.

“Menghadapi ancaman ini, cabaran bagi pihak berkuasa keselamatan secara literal adalah untuk mencari jarum di dalam jerami.”

Komen daripada Casio

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh The Guardian, syarikat jenama jam terbesar dunia, Casio telah menafikan hubung kait mereka dengan pengganas.

Manakala Tim Gould, ketua pemasaran Casio di UK berkata kepada BBC. “Ia dijual secara global, dari Rusia ke Asia,” katanya.

1670932-inline-inline-watchwyoscan
Dexter Sinister

“Ia secara konsisten kekal popular kerana ia berfungsi [dengan baik], [harga yang] berpatutan dan [masa yang] tepat, [alasannya] semudah itu.”

F-91W telah serta merta membuktikan popularitinya. Ia merupakan kisah yang tak dijangka buat jam tangan dengan gaya sederhana sejak dilancarkan pada tahun 1991.

Terbaharu, Asus dan Casio telah bekerjasama tampil dengan model G-Shock edisi terhad. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Asus Dan Casio Hadir Dengan Model G-Shock ‘ROG’ Edisi Terhad

Casio BABY-G Tampil Dengan Koleksi Jam Tangan Edisi ‘Studio Ghibli’

Casio Lancar Generasi Terbaru G-Shock Mudmaster ‘Carbon Fiber’