Hebat cara McDonald’s menyambut ulang tahun ke-50 burger ikonik mereka, Big Mac. McDonald’s bekerjasama dengan Casio untuk nenghasilkan seutas jam G-Shock yang sangat awesome.

Model khas ini akan hadir dengan tin besi yang berbentuk burger disamping corak pada jam tangan ini turut menjadikan burger Big Mac sebagai inspirasi. Lampu back light pada jam ini turut tertulis perkataan ‘Big Mac’.

Sebagai pelengkap gaya, topi New Era turut dihasilkan bersama dengan logo ‘M’ kecil di bahagian depan dan tulisan ‘BM 50th’ di bahagian sisi topi.

G-Shock McD 2

G-Shock McD 3

G-Shock McD 4

Sekali pandang koleksi khas McDonald’s ini, terus im lovin’ it. Hanya 1,000 unit jam akan dihasilkan dan bakal dijual pada 14 April ini dengan harga 14,900 Yen (RM540+-). Topi New Era pula pada harga 5,900 Yen (RM215+-) dan juga terhad kepada 1,000 unit.

Malangnya, jam tangan ini hanya untuk pasaran Jepun dan anda boleh cuba nasib untuk menbeli jam ini menerusi laman Rakuten atau minta rakan anda yang sedang berada di Jepun untuk belikan.

.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤