Tidak hanya menumpukan koleksi mereka kepada golongan lelaki, Casio turut melancarkan warna baharu untuk model ikonik Baby-G, koleksi G-Shock untuk para gadis.

Berbeza dengan G-Shock, saiz Baby-G adalah lebih kecil; sesuai untuk pergelangan tangan wanita berbanding model standard G-Shock. Warna pastel yang light dipilih untuk koleksi ini supaya ia mudah untuk digayakan untuk apa sahaja outfit anda.

Seperti juga jam G-Shock, jam tangan ini hadir dengan fungsi water resistance sehingga 100 meter, tahan hentakan, waktu tempatan untuk 48 bandar ternama di seluruh dunia, timer dan banyak lagi. Jadi untuk anda bawa menyelam di kolam atau aktiviti sukan air, memang sesuai lagi bergaya.

Hadir dengan 4 pilihan warna iaitu Black Vivid, Skeleton Blue Lavender, Pastel Pink White dan White Marble, Casio Baby-G BGA-270 ini dijual pada harga RM499 hingga RM529 (bergantung kepada warna). Model ini sudah tersedia untuk pasaran Malaysia dan anda boleh ke butik G-Factory berdekatan untuk memilikinya.

Ini pula beberapa model G-Shock hebat yang ditawarkan tahun ini. Baca lagi pada pautan di bawah.

Casio Hasilkan Model Eksklusif HondaJet x G-Shock GWR-B1000HJ

G-Shock Dan Dragon Ball Z Hasilkan Jam Tangan Edisi Khas, Mula Dijual Pada Harga RM1,000

Casio Malaysia Sahkan Bakal Bawa Masuk Koleksi G-Shock x One Piece