Selain kereta dan motosikal, tahukah anda Honda turut menghasilkan pesawat komersial dan divisyen berkenaan dikenali sebagai HondaJet? Casio kali ini memilih HondaJet untuk kolaborasi model canggih dan baharu mereka iaitu
GWR-B1000HJ.

Model di bawah koleksi GRAVITYMASTER ini adalah model jam tangan dengan konsep dan fungsi penerbangan dan rekaan model ini diinspirasikan daripada model HondaJet Elite. Seperti juga model kapal terbang berkenaan, rekaaan jam tangan ini juga clean dan sangat moden.

Logo HondaJet dapat dilihat pada sebelah kanan panel dan lebih menarik, jarum jam (untuk hari) diganti dengan jarum berbentuk kapal terbang untuk menambahkan lagi keunikan model kolaborasi ini.

HondaJet2

HondaJet4

HondaJet5

HondaJet6

Antara kemasan lain yang menambahkan kemewahan pada jam tangan ini adalah bezelyang diperbuat daripada fiber karbon, TRIPLE G RESIST (Shock resistant, Centrifugal force resistant, Vibration resistant), Sapphire Glass, Carbon Core Guard structure, fungsi Tough Solar dan banyak lagi.

HondaJet x Casio G-Shock GWR-B1000HJ ini sudah mula dijual di butik G-Shock terpilih seluruh dunia dengan harga USD1,065 (~RM4,543). Semestinya produk rasmi Honda yang mampu milik.

P/S: Sekiranya anda berminat untuk memiliki model ini yang bukan koleksi kolaborasi bersama HondaJet, ia tersedia pada harga ‘hanya’ RM2,799 di sini.

Untuk model yang lebih murah tetapi bergaya, anda mungkin boleh cari model yang turut disarung oleh TMJ ini. Klip pada pautan di bawah.

Nilai Dan Populariti G-Shock GA-2100 Ini Meningkat Selepas Disarung Oleh TMJ

G-Shock Dan Dragon Ball Z Hasilkan Jam Tangan Edisi Khas, Mula Dijual Pada Harga RM1,000

Casio Malaysia Sahkan Bakal Bawa Masuk Koleksi G-Shock x One Piece