Casio telah bersedia untuk menjual jam tangan G-Shock G-D5000-9JR yang diperbuat daripada emas 18k. Hanya 35 unit akan dihasilkan untuk pasaran seluruh dunia.

Model ‘Pure Gold’ ini telah diperkenalkan sejak Disember 2018 dan pengasas jenama G-Shock, Kikuo Ibe berkata, “Ianya mengambil masa 5 tahun untuk pasukan kami menghasilkan kerangka jam yang tahan lasak diperbuat daripada emas. Nampaknya kami berjaya dan inilah hasilnya.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

G Gold 2

G Gold 3

Selain mengekalkan fungsi ikonik jam tangan G-Shock, setiap bahagian G-Shock ini (termasuk skru) diperbuat daripada emas 18k. Model ini juga tahan tekanan sedalam 200-meter sekiranya tuan punya jam ingin menyelam dalam laut.

Model ini bakal dijual pada harga USD70,000 (+-RM293,500) dan tempahan untuk jam tangan ini sudah dibuka sejak 15 Mei 2019. Paling dekat anda perlu ke butik G-Shock di Singapura sekiranya anda mahu membuat tempahan.