G-Shock melancarkan generasi terbaru untuk siri Mudmaster dan model ini nampaknya bakal jadi lebih solid berbanding model terdahulu.

Teknologi terbaru yang bakal diperkenalkan untuk siri ini adalah penggunaan Carbon Core Guard yang bakal memberikan ketahanan yang lebih serta meringankan lagi jam G-Shock anda. Model ini juga dilengkali dengan dual layer caseback untuk perlindungan daripada debu dan lumpur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

G-Shock Carbon 4

G-Shock Carbon 5

G-Shock Carbon 6

Sistem Bluetooth turut ditambah pada model ini di mana anda boleh menyambungkannya kepada telefon pintar menerusi aplikasi G-Shock. Jam tangan anda secara automatik akan ditukar kepada waktu tempatan di mana sahaja anda pergi di seluruh dunia.

Model GG-B100 ini turut dilengkapi 3 sensor; accelerometer untuk membaca tekanan, kompas dan mengukur suhu. G-Shock Mudmaster GG-B100 ini sudah dijual di pasaran Jepun pada harga USD350 (~RM1,450) dengan pilihan 3 warna iaitu hitam, hijau dan jingga. Untuk anda yang gemar aktiviti lasak, model ini untuk anda.

G-Shock Carbon 2

G-Shock Carbon 3