Laman G-Shock Asia telah mengumumkan bakal melancarkan sekali lagi koleksi kolaborasi antara mereka dan manga terkemuka dari Jepun, One Piece.

Setakat ini, tiada sebarang gambar rasmi koleksi ini diperlihatkan. Mereka cuma memuat naik gambar teaser ini dan membuatkan peminat setia G-Shock dan One Piece ternanti-nanti dan tidak sabar untuk melihat model apa yang akan digunakan untuk koleksi kolaborasi ini.

BeFunky-collage (80)
HYPE
Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate
Baca lagi →

Coming soon・・・https://g-shock.jp/products/one-piece/

Posted by CASIO G-SHOCK on Friday, 15 May 2020

Ini bukan kolaborasi pertama antara G-Shock dan One Piece. Pada tahun 2013, G-Shock pernah melancarkan model bersama One Piece dan koleksi berkenaan hadir lengkap dengan kotak besi khas ibarat peti harta karun.

Terdapat juga khabar angin mengatakan koleksi khas bersama Dragon Ball turut akan dilancarkan pada masa yang sama. Untuk koleksi One Piece ini, G-Shock Malaysia telah memberi bayangan bahawa mereka akan menerima koleksi ini untuk pasaran Malaysia.

Jadi anda boleh ikuti laman rasmi G-Shock Malaysia untuk mengetahui bila koleksi ini akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Ini pula beberapa model G-Shock yang kini menjadi rebutan antara peminat setia G-Shock di Malaysia. Baca pada pautan di bawah.

G-Shock DW-6900 ‘Bossku’ Yang Disarung Najib Razak Pula Kini Jadi Buruan

Nilai Dan Populariti G-Shock GA-2100 Ini Meningkat Selepas Disarung Oleh TMJ

Model Edisi Khas BAPE x G-Shock DW-5750 Akan Dilancarkan Sabtu Ini

Anda Mungkin Suka