Casio menyambut ulang tahun ke-20 koleksi Edifice tahun ini dengan edisi terhad yang baharu, ECB10HR-1A. Seperti jam tangan lain, model khusus kali ini hadir dengan kerjasama Honda Racing.

Honda terkenal dengan teknologinya dalam sukan lumba – di Amerika, mereka telah membina pasukan IndyCar yang sangat kompetitif; di peringkat antarabangsa, mereka bekerjasama dengan pasukan Scuderia AlphaTauri untuk Formula 1.

Satellite

Jam tangan ini menggunakan reka bentuk Edifice ECB-10, tetapi tampil berbeza dengan penggunaan warna hitam dan merah serta beberapa reka bentuk yang fokus pada perlumbaan.

Jam tangan ini juga hadir dengan teknologi Bluetooth ke telefon pintar melalui aplikasi CASIO WATCH +, yang membolehkan masa berubah berdasarkan lokasi. Ia juga hadir dengan kalendar yang akan mengingatkan pengguna berkenaan jadual mereka.

Casio-EDIFICE-ECB10HR-1A-Honda-Racing-image-2-copy-1024×683

ECB10HR-1A adalah jam tangan ketiga yang dihasilkan dalam kerjasama antara dua jenama Jepun, dengan dua model sebelumnya yang dilancarkan pada tahun 2018 dan 2019.

Untuk bacaan lanjut mengenai Casio, klik pautan di bawah.

Nilai Dan Populariti G-Shock GA-2100 Ini Meningkat Selepas Disarung Oleh TMJ

Casio Raikan Ulang Tahun Kelahiran Bruce Lee Dengan Jam Tangan G-Shock Edisi Khas

Casio F-91W, Jam Tangan Yang Menarik Minat Pejuang Jihad