Jam tangan mewah dan mampu milik G-Shock telah mendedahkan reka bentuk yang diilhamkan dari bintang seni mempertahankan diri terkenal, Bruce Lee bagi merayakan ulang tahun ke-80 beliau tahun ini.

Hadir dengan model MRG-G2000BL-9A, reka bentuk kali ini lebih garang dengan warna hitam dan kuning digunakan sebagai warna rasmi yang diilhamkan daripada suit rasmi Bruce Lee dalam filem Game of Death.

G-Shock-x-Bruce-Lee-MRG-G2000BL-9A-1-1

Manakala warna merah dan kuning menghiasi reka hias dalaman jam tersebut yang di ambil dari falsafah seni pertahankan diri Bruce Lee iaitu Jeet Kune Do.

Di samping itu, MRG-G2000BL-9A juga mempunyai bezel anggun yang disalut dengan karbon seperti berlian untuk meningkatkan ketahanan. Sistem data melalui Bluetooth juga hadir bersama-sama dengan reka bentuk edisi terhad ini.

https—hypebeast.com-image-2020-02-G-Shock-x-Bruce-Lee-MRG-G2000BL-9A-4

Jam tangan edisi khas ini turut hadir dengan kata-kata yang ditatah di belakang jam tersebut yang berbunyi, “Using no way as a way, having no limitation as limitation,” manakala tandangan Bruce Lee menggunakan aksara Cina “龍” atau naga bagi nama samaran Bruce Lee.

Terhad kepada hanya 300 unit, MRG-G2000BL-9A akan dijual dengan harga RM17,000 pada bulan April ini, boleh berkunjung ke G-SHOCK SoHo untuk mengetahui lebih lanjut.

https—hypebeast.com-image-2020-02-G-Shock-x-Bruce-Lee-MRG-G2000BL-9A-2

Klik pautan di bawah jika anda mahu mengetahui lebih lanjut mengenai G-Shock.

British Army Dan G-Shock Hasilkan Model Mudmaster Khas Lengkap Dengan Teknologi Tentera

G-Shock Raikan Ulang Tahun Ke-25 Model GM-6900 Dengan Reka Bentuk Terbaharu

G-Shock S Series Tampilkan Rekaan Lutsinar Untuk Koleksi Rose Gold