Sejak mula diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu, jam tangan Casio AE-1200WH sering menjadi peminat jam yang mahukan gaya moden, trendy tanpa mahu berbelanja besar.

Model yang lebih popular dengan nama ‘Casio Royale’ ini menerima namanya berikutan rekaannya yang hampir sama dengan jam tangan yang dipakai James Bond melalui filem ‘Never Say Never Again’ pada tahun 1983.

reviewImage1

Pada model ini, Casio sentiasa mengetengahkan penawaran bateri sehingga 10 tahun. Dalam erti kata lain, anda mungkin tidak perlu menukar bateri sepanjang anda menggunakannya. Selain itu, model ini hadir dengan fungsi seakan siri G-Shock serta kebolehan untuk mempamerkan jam di beberapa buah negara dengan tepat.

Meskipun berjaya menawarkan pelbagai fungsi dan rekaan yang tidak bosan untuk dilihat, jam tangan ini masih lagi ditawarkan dengan harga yang rendah dimana model ini mula ditawarkan dengan harga serendah RM82 sahaja. Berbaloi bukan?

Turut didatangkan dengan kemasan stainless steel

Casio AE-1200WH ini turut hadir dengan beberapa pilihan warna yang berbeza. Sekiranya anda seorang yang mementingkan fungsi yang tersedia pada jam tangan serta ingin tampil bergaya dan moden ini model jam tangan yang wajar dipilih. Anda boleh klik disini untuk pilihan warna hitam atau klik disini bagi kemasan stainless steel.

THE VOCKET MASTHEAD
HYPE
Jom Makan Durian Secara Percuma Di ‘Pesta Musang King’ 13 Dan 20 Julai Ini
Baca lagi →