Pada 20 Julai 1969, Neil Armstrong mencipta sejarah apabila menjadi manusia pertama yang berjalan di bulan. “That’s one small step for man, one giant leap for mankind,” katanya pada masa itu. Detik bersejarah itu telah membuatkan ramai orang berimaginasi dan tertanya-tanya bagaimana agaknya kehidupan di luar angkasa.

Terbaharu, Casio memperkenalkan model bertemakan angkasa lepas yang diilhamkan oleh bulan dengan Jam Tangan Bulan GM-2100MG-1ADR. Ia adalah jam tangan mewah yang bergaya sambil diikat bersama-sama dengan tali hitam dan bersalut warna emas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

GM-2100, jam tangan bulan menampilkan bezel logam berbentuk oktagon yang istimewa dan berada dalam kelas tersendiri dengan bezel tempa dan pengilat cermin yang diinspirasikan oleh bulan di bahagian tepi. Ini akan memberikannya kilauan logam yang mampu memukau mereka yang melihat.

Selaras dengan citarasa yang tinggi dari Casio sejak 1983 lagi, Jam Tangan Bulan GM-2100MG-1ADR akan hadir lengkap dengan semua hiasan yang menampilkan rasa premium dan eksklusif. Model ini wajib ada di tangan mereka yang mempunyai citarasa agung dengan jiwa yang ingin tahu.

Casio menyatakan bahawa jam tangan ini bakal berada di Malaysia bermula bulan hadapan pada harga RM1,299. Bagi anda yang ingin tahu lebih lanjut, boleh terus layari laman web Casio.

Casio F-91W, jam tangan yang menarik minat pejuang jihad. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Casio F-91W, Jam Tangan Yang Menarik Minat Pejuang Jihad

Casio Tampil Dengan Koleksi ‘Limited Edition’ G-SHOCK x Harimau Malaya

Casio Hadir Dengan Koleksi Edisi Khas G-Shock x McDonald’s