Bullitt Group telah bekerjasama dengan Cat UK untuk membuat telefon pintar Android pertama dengan kamera pengimejan haba.

Kamera haba dari FLIR mampu mengesan haba dan mengukur suhu permukaan dari jarak sehingga 100 kaki serta dapat mengesan kawasan kehilangan haba sekitar tingkap dan pintu, atau kawasan tempat kelembapan atau penebat hilang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

download

Apa yang menarik tentang Cat S60 selain kameranya adalah CAT mendakwa telefon pintar keluaran terbaru mereka ini sebagai ‘telefon pintar kalis air terbaik di dunia’ yang mampu menahan tekanan sedalam 5 meter serta disahkan untuk terus hidup satu jam di bawah air.

Dan kerana ia adalah kamera haba, Cat S60 mampu mendapatkan gambar dengan jelas walaupun terdapat asap-asap kabus pada imej tanpa memerlukan sebarang sokongan lampu ambien.

cat-s60-thermal.0.0

Paparan pada Cat S60 boleh dikatakan agak terang dimana Cat S60 boleh dilihat di bawah cahaya matahari yang terang, dan skrin sentuh dapat digunakan ketika jari basah, atau semasa memakai sarung tangan.

Cat S60 bakal dilancarkan pada MWC 2016 ini dan bakal mempunyai spesifikasi seperti berikut:

Skrin: 4.7 inci (720p bersama Gorilla Glass 4)
Processor : Snapdragon 617 8 teras
RAM: 3 GB Memory 32 GB
OS: Android v6.0.1 (Marshmallow OS)
Kamera: kamera belakang 13 MP serta 5 MP kamera hadapan
Bateri: 3800 mAH (mampu bertahan sehingga 36-48jam)

Sumber