Parlimen Catalonia semalam mengumumkan bahawa wilayah itu kini sudah merdeka daripada Sepanyol. Krisis ini bermula sejak awal bulan lagi apabila wilayah Catalonia membuat satu referendum yang kontroversi untuk menjadi sebuah negara independent.

Dengan undian parlimen Catalan 70 setuju, 10 tidak setuju dan 2 berkecuali, Catalonia secara undian telah merdeka daripada Sepanyol. Walaupun Catalonia mengisytiharkan kemerdekaan daripada Sepanyol, Catalonia masih belum boleh bergembira kerana Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy tidak akan dengan mudah melepaskan wilayah berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau mahu semua pihak bertenang dan berkata undang-undang akan ditegakkan di Catalonia. Mariano Rajoy akan menggesa para senatornya untuk berkata ‘yes’ kepada usul kerajaan pusat untuk melaksanakan Artikel 155 dalam Perlembagaan Sepanyol.

Artikel 155 akan memberi kuasa kepada kerajaan pusat memecat pemimpin kerajaan Catalonia dan kemudiannya mengambil alih hal ehwal wilayah berkenaan secara direct rule. Secara dasarnya, kerajaan pusat ingin merampas Catalonia kembali dengan Artikel 155.

Jika berlaku rampasan kuasa daripada kerajaan pusat, ianya pasti akan menegangkan lagi krisis Sepanyol dan Catalonia ini. Catalonia ialah wilayah terkaya di Sepanyol dan merupakan antara penyumbang terbesar kepada ekonomi Sepanyol selain Madrid. Perpecahan ini nyata akan menjejaskan banyak perkara dan yang pasti, pasukan bola sepak terkenal Barcelona di ambang meninggalkan La Liga tahun depan.

BACA: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Misi Catalonia Mencapai Kemerdekaan