Jika semalam rata-rata rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian pasukan PUBG Mobile Malaysia muncul juara Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (PMPL SEA) Musim Bunga 2020.

Terbaharu, pemain Mobile Legends tersohor negara, Mohd Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz diiktiraf oleh Malaysia Book of Records dimana namanya telah dimasukkan dalam buku rekod tersebut.

Difahamkan, Malaysia Book of Records telah mengumumkan satu rekod yang mengagumkan dimana Soloz telah mengumpulkan pengikut seramai 1.2 pengikut di Facebook untuk atlet esports.

Bagi anda yang tidak mengenalinya, beliau merupakan pemain Mobile Legends yang mewakili pasukan Bosskurr. Malah, kejayaan beliau mengumpulkan pengikut seramai ini juga dipengaruhi oleh aktiviti beliau yang aktif melakukan livestream di laman Facebooknya itu.

Bukan hanya handal bermain Mobile Legends, beliau turut bermain permainan lain secara livestream seperti PUBG Mobile. Tahniah diucapkan Soloz dan diharap akan terus melakar kejayaan untuk mengharumkan nama negara kelak.

Sementara itu, klik pautan di bawah untuk ketahui berita tentang pasukan PUBG Mobile Malaysia yang menjadi juara baru-baru ini.

Pasukan ‘PUBG Mobile’ Malaysia Ini Raih RM172,000 Selepas Muncul Terbaik Asia Tenggara

Mampu Beli Kereta Mewah Hanya Dengan Bermain Mobile Legends? Ini Penjelasannya

Suri Rumah Ini Jana Pendapatan Sebanyak 5 Angka Sebulan Melalui Penstriman Permainan Video PUBG