Berlari di atas jalan raya atau trek yang telah disediakan mungkin sudah menjadi kebiasaan dan sering dilakukan oleh sesiapa sahaja. Malah, semakin ramai peminat yang berkongsikan larian mereka semakin jauh pula jarak yang dicatatkan mereka ini.

Bagaimanapun berbeza dengan individu lain, pelari menara negara Soh Wai Ching baru-baru ini mencuba sesuatu yang sedikit berbeza apabila beliau berjaya menamatkan larian pendakian tangga menegak sejauh 1.295 kilometer di Hotel Four Season, Kuala Lumpur.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

Larian pendakian itu bagaimanapun bukanlah dilakukan sekadar ‘suka-suka’ namun ianya dilakukan sebagai percubaan rasmi untuk mencatatkan rekod dunia Guinness bagi kategori cabaran pendakian tangga menegak terhebat dalam satu jam.

Rekod dunia untuk acara itu kini dipegang oleh pelari Sepanyol, David Robles dengan catatan 1.227 kilometer dalam masa sejam.

Dalam larian yang dilakukan bermula jam 9 sehingga 10 malam itu, Soh dilaporkan berlari ke tingkat 66 bangunan berkenaan secara berulang untuk melengkapkan cabaran berkenaan. Sebaik tiba di tingkat 66 beliau kemudiannya turun ke aras bawah untuk menyambung kembali lariannya.

Catatan jarak yang dilakukan oleh Soh yang juga merupakan pelari menara nombor dua dunia pada Rabu malam lalu secara tidak rasminya telah melepasi apa yang dicatatkan Robles sebelum ini dan turut mengatasi rekod peribadinya iaitu sejauh 1.3 kilometer.

Keputusan sama ada percubaan Soh itu akan dicatatkan sebagai rekod baru Guinness World Records bagaimanapun menurut Bernama hanya akan diketahui selepas penilaian dilakukan oleh pihak pengadil.

Tidak mahu berhenti dengan catatan tersebut, Soh juga seperti dilaporkan pemberita bercadang untuk melakukan larian di Menara Berkembar Petronas suatu hari nanti apabila situasi COVID-19 kembali pulih.

Baca juga perkongsian sukan daripada kami sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Bekas Pelumba Moto2 Kini Jadi Penghantar Makanan, Akui Tidak Malu Demi Rezeki Yang Halal

Kejayaan Atlet Gimnastik Farah Ann Diraikan Barbie Dalam Boneka Edisi Khas

‘Bakal Jadi Kenangan Terindah’- Netizen Senang Lihat Luqman Hakim Berbasikal Di Belgium

Anda Mungkin Suka