Dear Malaysia,

Baru-baru ini saya telah mempunyai ramai kawan di Facebook. Jadi saya ingin kongsikan catatan lama yang pernah saya tulis satu ketika dulu, iaitu sewaktu saya berkunjung ke Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ia telah ditulis dalam bahasa Inggeris dan saudara saya Kimi telah membantu untuk alih bahasa. Inilah dia.

Nama saya Muhammad Nobu. Saya berbangsa Jepun dan berusia 48 tahun. Saya bekerja sebagai pemandu teksi di bandaraya Tokyo.

Dua tahun lepas saya bertemu Arisa dan sekarang dia isteri saya. Kami tinggal di sebuah pekan bernama Gujo yang merupakan tempat kelahiran Arisa.

jepun-1

Gujo adalah sebuah penempatan yang dikelilingi keindahan alam semulajadi dan bersalji. Gujo terkenal dengan keindahan dan kebersihan airnya, kita boleh menikmati air dari gunung dan ia boleh diminum di mana-mana sahaja.

Saya faham, orang lebih berminat dengan bandaraya yang besar seperti Tokyo tetapi anda akan teruja dengan kebudayaan tradisional Jepun di Gujo. Ianya adalah sebuah tempat yang kami cadangkan dan perlu anda lawati suatu hari nanti.

Sekarang kami mempunyai 4 orang anak lelaki, anak sulung kami bernama Tenkyu berusia 9 tahun, anak kedua Makoto 6 tahun, yang ketiga bernama Riku 4 tahun dan bayi kecil bernama Momotaro.

Tenkyu adalah hasil perkahwinan bersama isteri saya terdahulu, Makoto dan Riku adalah anak-anak perkahwinan Arisa yang terdahulu.

Mereka membesar bagaikan saudara kandung sendiri. Saya amat berbangga dengan mereka.

jepun-2

jepun-3

Kami adalah keluarga yang bahagia dan tinggal di tempat yang sangat cantik tetapi hati saya tidak merasa tenteram bila melihat banyak permasalahan di kalangan masyarakat orang-orang Jepun.

Sepertimana di Malaysia, bila saya mengucapkan “hello” kepada seseorang pastinya mereka akan menjawab dengan ucapan yang sama dan mesra meskipun mereka tidak mengenali siapa saya, tetapi di Jepun jauh berbeza.

Bila saya mengucapkan “hello” kepada orang yang saya tidak kenali, saya dianggap pelik dengan ucapan itu.

Masyarakat Malaysia secara semulajadinya amat terkenal dengan ikatan persahabatannya berbeza dengan orang-orang Jepun, pada kebelakangan ini agak sukar untuk menunjukkan nilai-nilai persahabatan dan kemesraan seperti ini.

Walaupun masyarakat Malaysia terdiri dari berbagai kaum tetapi mereka amat mementingkan persahabatan. Hakikatnya persahabatan lebih penting dari ekonomi.

Persahabatan boleh menciptakan wang tetapi kewangan tidak dapat mewujudkan persahabatan. Padahal banyak negara termasuklah Jepun percaya ekonomi itu perlu diutamakan.

Di Jepun lebih dari 30,000 orang membunuh diri setiap tahun. Terbukti Jepun bukanlah sebuah masyarakat yang bijak walaupun di sana banyak terdapat perkhidmatan dan teknologi baru.

Baca: Pelajar Malaysia Gigih Bawa Misi Bina Masjid Dan Perkenalkan Islam Di Jepun

jepun-4

jepun-5

Pada suatu masa dulu, Perdana Menteri Tun Mahathir pernah berkata masyarakat Malaysia perlu pandang ke timur, belajar dengan cara orang Jepun tetapi pada hari ini, orang-orang Jepun perlu belajar dengan anda semua bagaimana sifat-sifat kemanusiaan yang sepatutnya.

Saya selalu mengingatkan orang-orang Jepun betapa pentingnya nilai sesuatu persahabatan tetapi kebanyakan dari mereka tidak mengendahkannya.

Maka ia membuatkan kita berasa sukar untuk terus tinggal di sana. Inilah yang membuatkan kami meninggalkan Jepun.

Pada abad yang lalu kita mempunyai banyak sumber dan membuatkan kita dapat mengikuti arus ekonomi dan kehidupan kita menjadi lebih mudah. Tetapi pada abad ini kita tidak lagi mempunyai banyak sumber seperti dahulu, jadi kita perlulah berkongsi dan untuk mewujudkan perkongsian bijak ini kita memerlukan ikatan persahabatan.

Oleh itu saya yakin Malaysia mempunyai kelebihannya tersendiri di abad yang baru ini. Jika Malaysia mempunyai kepimpinan di peringkat dunia, maka dunia tidak perlu memilih untuk berperang.

Inilah satu-satunya jalan menuju ke arah kedamaian sejagat. 2 bulan yang lalu kami kehilangan kesemua wang kami, namun sehingga sekarang kami masih boleh bertahan meneruskan kehidupan bersama seorang bayi yang kecil dengan sempurna.

Ianya sesuatu yang mustahil akan berlaku di tempat saya. Saya berharap anda tahu betapa bertuahnya negara anda ini dan berbanggalah dengannya.

Ia tidak akan berlaku sekiranya orang percaya perasaan itu tidak penting. Kami sangat terhutang budi dengan masyarakat Langkawi. Terima kasih banyak-banyak

Dari Nobu, Arisa, Tenkyu, Makoto, Riku dan Momotaro

Baca lagi: Lelaki Jepun Kongsi Bagaimana Muslim Dapat Jadi Lebih Dihormati Oleh Warga Jepun