“Ok, Al fatihah dah ngam.. Bacaan tahiyyat awal pulak,” pinta suami pada isteri.

“Attahiyyatusmubarokatusholawatuttoyyibaa…..” isterinya mula membaca sambil menyusukan anaknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Attahiyyaatul…. bukan tus.. huruf lam.. masa sambung tu..bukan huruf sin…” tegur suaminya sambil memandu kereta.

“Ok saya cuba lagi… Attahiyyatulmubaro..” isterinya membaca hingga habis.

“Rukun solat ada 13… Rukun qauli dah selesai. Lepas ni rukun fi’li (perbuatan) pula saya nk tengok,” jelas suaminya tersenyum.

Kredit: Muslimah Corner
Kredit: Muslimah Corner

Suami semua.

Masyarakat sedang tenat. Dunia semakin penat. Jangan beralasan yang kita sibuk sehingga hal-hal ini diabaikan. Esok lusa atau bila bila Allah akan panggil kita. Siapa nak dipertanggungjawabkan kelak?

Siapa nak semak solat anak-anak? Kalau isteri punya solat kita tak betulkan, bagaimana mereka nak ajarkan pada zuriat-zuriat kita?

Bagus. Beri anak susu badan. Makanan makanan sihat kita jaga. Aurat tutup sempurna. Tapi solat mereka? Jangan kita buat buat lupa. Mereka dan anak anak itu amanah Allah buat kita.

Takde ilmu? Belajarlah. Kemudian ajar mereka. Atau pergi belajar sama-sama. Masa tidak menunggu kita. Mati itu bila-bila masa.

Curi-curi masa yang ada. Gunakan sebaiknya. Tengah memandu nak ke tempat kerja, boleh kita guna. Nak keluar berjalan.

Kawan, aku bukan nak ajar bagaimana nak menjaga anak isteri. Aku cuma risau yang kita hanya jaga dunia. Jaga kesihatan jasad sahaja. Tapi rohaninya?

Aku tahu, perit menjadi suami. Cabaran besar menjadi lelaki. Tapi inilah maharnya untuk mencari Redha Ilahi. Para nabi dan rasul juga lelaki. Auliya’ juga kebnyakkan lelaki.

Jadilah lelaki yang berani. Berani itu akan membentuk anak dan isteri. Kita pastikan di mahsyar kelak, Nabi SAW berbangga dengan umat umat baginda dari kalangan wanita.

Jadikan mereka Wanita Hebat! Kelak mereka boleh jadikan anak-anak kita insan hebat. Mukmin yang kuat, mukmin kesayangan Nabi Muhammad SAW.

Sollua’lannabiiiy!

Dari catatan seorang Suami.

Nota: Admin Instagram @CeritaHijrah_ mengubahsuai kisah asal rakannya di Facebook agar lebih mudah difahami dan jitu.

Sumber