Kehangatan filem Avengers: Endgame mencipta fenomena di seluruh dunia. Kini, Caviar tampil dengan koleksi aksesori pengecas gauntlet edisi khas bersempena dengan filem Avengers: Endgame.

Menariknya, koleksi aksesori ini diperbuat daripada emas dan telefon pintar anda boleh dicas pada telapak tangan gauntlet ini. Sedia maklum, untuk menghidupkan gauntlet memerlukan 6 ‘Infinity Stone’ dan pada gauntlet ini mengguna 6 batu iaitu topaz, chrysolite, amethyst, garnet, citrine, dan amber.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Harga bagi koleksi pengecas edisi khas ini adalah USD7,570 (~RM31, 275) dan boleh dibeli secara atas talian di sini. Buat masa ini, pengecas ini difokuskan hanya untuk model iPhone XS dan XS Max sahaja. Pasti mereka yang berkemampuan dan peminat setia filem Avengers akan mmpertimbangkan untuk membeli pengecas ini. Barulah bergaya!

caviar_infinity:vckt

caviar_infinity:vckt3

caviar_infinity:vckt2

caviar_infinity:vckt4

Sumber