Nampaknya Malaysia akan dibanjiri dengan lebih banyak kasut yang cantik-cantik selepas ini. Sebuah lagi butik sneakers yang berasal dari Amerika Syarikat, Foot Locket akan membuka cawangan pertama mereka di 1 Utama.

Gambar lokasi ini dikongsikan oleh KL Sole dan kemungkinan besar, ianya akan dibuka akhir tahun ini. Foot Locker adalah butik sneakers yang sangat terkenal di Amerika Syarikat serta Eropah. Foot Locker menjadi tumpuan peminat sneakers di sana untuk mencari kasut terbaru yang keluar di pasaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti juga JD Sports, Foot Locker turut mempunyai koleksi eksklusif yang hanya dijual di butik berkenaan sahaja. Anda yang biasa berjalan di Eropah pasti sangat mengenali butik ini. Siap sedia, semestinya akan ada tawaran istimewa sempena pembukaan Foot Locker pertama di Malaysia ini nanti.