Pada Disember 2018, Jollibee telah membuka cawangan pertama mereka di Kota Kinabalu, Sabah. Rakan-rakan kita yang berada di sana lebih awal merasai keenakan rasa ayam goreng popular dari Filipina ini.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Penantian hampir 3 tahun penduduk di Semenanjung untuk merasai menu Jollibee berakhirnya apabila Jollibee Malaysia telah membuka secara rasmi cawangan pertama mereka di Lembah Klang iaitu di Sunway Pyramid.

Jadi bagaimana rasanya ayam goreng ikonik Jollibee jika dibandingkan dengan ayam goreng daripada jenama lain yang sudah lama bertapak di Malaysia? Kami kongsi sedikit tentang rasa dan menu apa yang patut anda cuba di sini nanti.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →

Gandingan ikonik Chickenjoy dan Jolly Spaghetti

Bagi warga Filipina sendiri, tidak sah ke Jollibee jika tidak memesan menu ayam goreng signature mereka, Chickenjoy bersama Jolly Spaghetti sehinggakan ada iklan khas dua menu ini dilakonkan artis ternama mereka, Bea Alonzo dan John Lloyd Cruz.

Gigitan pertama ayam goreng Chickenjoy ini sudah cukup untuk membuktikan kesedapannya sehingga terkenal di seluruh dunia. Ada sebab tersendiri mengapa jenama ayam goreng popular antarabangsa tidak dapat bersaing dengan Jollibee di Filipina.

Salah satunya ialah setiap set ayam goreng Chickenjoy akan hadir dengan satu sos gravy untuk dicicah dengan ayam. Padanan sos gravy ini dengan ayam goreng Chickenjoy original memang mantap.

Setiap set akan hadir dengan mashed potato, coleslaw, sos gravy dan air

Terdapat juga versi pedas Chickenjoy. Pada kami, ia tidak terlalu pedas dan rasanya tidak seistimewa seperti rasa ayam Chickenjoy original.

Jolly Spaghetti pula? Rasanya light sahaja tetapi menu ini pasti akan popular dalam kalangan kanak-kanak kerana tidak pedas dan saiz hidangannya yang just nice.

Kami tidak sempat untuk cuba satu lagi menu popular Jollibee, Burger Steak yang tidak tersedia pada hari ini. Jangan lupa untuk buat pesanan Burger Steak selain ayam goreng Chickenjoy dan Jolly Spaghetti.

Adakah harganya mahal?

Jawapannya adalah tidak dan harganya boleh dikatakan hampir sama dengan harga menu di cawangan restoran fast food. Boleh rujuk pada gambar di bawah untuk lihat harga menu yang ditawarkan di Jollibee Malaysia.

harga untuk burger, air dan side dish
harga untuk nugget dan Jolly spaghetti
harga untuk set Chickenjoy Original & Spicy

Jollibee Sunway Piramid akan mula beroperasi kepada umum bermula esok (8 Februari 2022) bersebelahan Seoul Garden. Selamat mencuba!

Bertahun lamanya jenama luar tidak dapat menandingi populariti Jollibee di Filipina. Baca mengenainya pada artikel di bawah.

Bagaimana Jollibee Ketepikan McDonald’s Untuk Terus Kekal Nombor Satu Di Filipina

‘Perang’ Antara Rakyat Filipina Dan Nas Daily Buat Vlogger Dari Israel Ini Hilang Ratusan Ribu Pengikut