Selepas membuka cawangan pertama mereka di Genting Highlands pada Oktober lalu, peminat Five Guys tidak perlu ke Genting Highlands semata-mata untuk makan burger kerana cawangan kedua mereka di Pavilion KL sudah dibuka secara rasmi bermula hari ini!

Five Guys merupakan restoran kasual gaya Amerika Syarikat yang terkenal dalam menghasilkan burger dan hot dog sandwiches yang juicy dan biasanya dipadankan dengan minuman milkshake.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk menu burger atau sandwiches anda, terdapat 15 pilihan toppings yang boleh dipilih antaranya cendawan panggang, cili jalapeno, A1 Steak Sauce, Bar-B-Que Sauce, dan Hot Sauce.

Dari segi harga, berdasarkan maklumat daripada pelanggan yang sudah membeli, harga menu di Pavilion KL adalah sedikit rendah jika dibandingkan dengan harga menu Five Guys di Genting Highlands.

Buat anda yang sudah lama teringin untuk cuba makan burger Five Guys, boleh ke Pavilion KL untuk beli burger ini sebagai juadah buka puasa anda.

Five Guys
Lokasi: Lot C3.06.01, Level 3, Connection, Pavilion Kuala Lumpur
Masa Operasi: 11 pagi – 10 malam setiap hari

Sebelum ini, mat salih ini cuba hasilkan burger Ramly Special lengkap dengan sos perasa Maggie. Lihat pada pautan di bawah.

Lengkap Dengan Perasa Maggie, Netizen Kagum Lihat Skil Mat Salih Ini Masak ‘Burger Ramly Special’

‘Ramly Burger’ Pencetus Revolusi Burger Jalanan Di Malaysia

Cawangan Pertama Five Guys Di Malaysia Kini Dibuka, Harga Burger Bermula RM35