KFC tertua Pulau Pinang yang dikenali dan disebut ramai dengan panggilan ‘Castle KFC’ kerana penampilannya yang seperti Istana itu bakal ditutup tidak lama lagi. Selama lebih 3 dekad, KFC yang berada di Georgetown, Pulau Pinang itu akan ditutup dalam masa terdekat.

Ini merupakan berita yang benar-benar menyedihkan dan bakal mengecewakan ribuan hati penduduk di Pulau Pinang kerana tempat ikonik tersebut telah membawa kegembiraan kepada orang ramai selama bertahun-tahun.

kfc00_cover-1070×468

KFC tertua di Pulau Pinang yang telah beroperasi lebih daripada 30 tahun itu dikatakan telah setia melayani pelanggan yang telah mengunjungi cawangan tersebut dengan layanan yang terbaik yang dapat mereka berikan kepada setiap pelanggan. Ramai pelanggan begitu kecewa dengan berita ini kerana bangunan bersejarah itu telah meninggalkan banyak kenangan indah buat mereka.

Notis penutupan cawangan tersebut telah dibentangkan di hadapan pintu kaca dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua pelanggan yang setia di atas sokongan mereka dan menjemput mereka untuk ke kedai-kedai lain yang berhampiran.

Sumber