Dengar sahaja jualan murah, pasti anda yang kaki shopping akan senyum sampai ke telinga. Parkson merupakan gedung membeli-belah yang boleh dikatakan kesukaan ramai orang di Malaysia.

Malah, cawangan Parkson boleh dilihat berada dalam setiap pusat membeli-belah. Difahamkan, Parkson tawar jualan penghabisan sempena penutupan cawangannya di pusat membeli-belah MyTown.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

Our Clearance Sale is happening at Parkson MyTOWN Shopping Centre from 27 December 2019 till 2 February 2020. Be sure to…

Posted by Parkson on Wednesday, 25 December 2019

Promosi tersebut dikongsikan menerusi Facebook Parkson sendiri. Promosi tersebut telah berlangsung pada 27 Disember 2019 dan bakal berakhir pada 2 Februari 2020.

Pelanggan yang gemar membeli-belah di sana pasti akan bersedih dengan penutupan tersebut. Akan tetapi, buat anda yang ingin mendapatkan barang-barang seperti pakaian, kasut, dan sebagainya dengan harga yang berpatutan, ini adalah masanya untuk anda berkunjung ke sini.

Tiada penjelasan daripada pihak Parkson kenapa cawangan tersebut terpaksa ditutup. Sebut tentang bisnes, tahukah anda bahawa sos Aminah Hassan pernah berhenti operasi kerana fitnah?

Jatuh Kerana Berita Palsu, Sos Aminah Hassan Kembali Berdiri Semula

Bagaimana Sate Haji Samuri Bantu Dalam Menaikkan Nama Bandar Kajang

‘Ramly Burger’ Pencetus Revolusi Burger Jalanan Di Malaysia

Anda Mungkin Suka