Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Restoran fast food terkemuka Amerika Syarikat, Five Guys akhirnya membuka cawangan pertama mereka di Sky Avenue, Genting Highlands.

Walaupun baru dibuka semalam, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama makan di Five Guys Genting Highlands terutamanya mereka yang pernah mencubanya di luar negara selama ini. Walaupun berkonsep sama seperti restoran burger yang lain, tetapi Five Guys mempunyai peminatnya yang tersendiri dari serata dunia.

Five Guys merupakan restoran kasual gaya Amerika Syarikat yang terkenal dalam menghasilkan burger dan hot dog sandwiches yang juicy dan biasanya dipadankan dengan minuman milkshake.

Untuk menu burger atau sandwiches anda, terdapat 15 pilihan toppings yang boleh dipilih antaranya cendawan panggang, cili jalapeno, A1 Steak Sauce, Bar-B-Que Sauce, dan Hot Sauce.

Antara keunikan lain Five Guys adalah mereka mementingkan kesegaran dalam setiap menu. French fries pula dipotong tangan, bukannya mesin dan digoreng dalam minyak kacang. Harga jualan untuk menu di sini sedikit tinggi; RM35 untuk Classic Burger, RM25 untuk all beef hot dog dan RM25 untuk regular fries.

Menurut laman Instagram Five Guys, restoran ini menggunakan daging serta sos yang disahkan halal dan tiada menu yang mengandungi alkohol. Jadi, sekiranya anda sedang merancang percutian di Genting Highlands hujung minggu ini, jangan lupa untuk cuba burger di Five Guys.

Five Guys malaysia
Lot SA – T2A – 25, Zouk Atrium, Sky Avenue,
Resort World, 69000 Genting Highlands Resort, Pahang
11 pagi – 10 malam

Masih sempat lagi untuk anda tebus pizza percuma di Pizza Hut! Klik pada pautan di bawah untuk cara bagaimana mahu tebus pizza percuma di Pizza Hut.

‘Tukar’ Kupon Tebus Pizza Percuma, Ini Tawaran Hebat Pizza Hut Untuk Anda

Dikongsi Lebih 33,000 Kali, Ramai Tidak Sabar Mahu Cuba Cafe Marion Di Cherating

Rasa Macam Di Taiping, Terus Bella Nak ‘Repeat Order’ Tepen Yong Tau Foo

Anda Mungkin Suka