Setelah percubaan berkali-kali untuk membuka cawangan Ikea di India, Ikea akan membuka cawangan pertama mereka di selatan Hyderabad di kawasan seluas 37,000 meter persegi.

Cawangan Ikea ini juga akan hadir dengan ruang makan yang boleh menempatkan sehingga 1,000 orang pada sesuatu masa. Cawangan Ikea ini akan sama seperti cawangan Ikea yang lain di seluruh dunia tetapi tanpa menu terkenal mereka, Swedish Meatballs.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Restoran Ikea pertama di India ini akan menawakan menu yang sesuai dengan penduduk India di samping menjaga sensitiviti penduduk India tanpa menghidangkan daging lembu. Pilihan daging yang lain seperti khinzir, kambing, ikan dan menu vegetarian bakal menjadi pilihan pengunjung di Ikea India.

“Kami akan tawarkan bebola ayam dan bebola sayuran nanti. 50% menu kami nanti akan diinspirasikan daripada menu sedia ada Ikea seperti Salmon, udang dan lain-lain. Kami juga bakal mempunyai menu seperti biryani, samosa dan banyak lagi,” kata Patrik Antoni, pengurus rangkaian Ikea India.

https://www.instagram.com/p/BA9rVmYqnVu/?taken-at=221923214

Ikea dijangka membuat pelaburan besar di India dengan pelaburan lebih US1.5 billion dibuat untuk menarik rakyat India membeli perabot di Ikea. Cawangan di Mumbai, Bangalore dan New Delhi akan menyusul dalam masa akan datang. Cawangan pertama Ikea Hyderabad akan mula beroperasi bulan Julai nanti.

Sumber