Cameron Highlands merupakan antara destinasi percutian tumpuan ramai dan sesuai untuk mereka yang cari ketenangan. Dikelilingi alam semulajadi menjadi faktor orang ramai berkunjung ke sini.

Untuk pengetahuan anda, McDonald’s pertama di Cameron Highlands bakal dibuka tidak lama lagi. Difahamkan, McDonald’s ini terletak di Pekan Brinchang dan bila ia akan siap masih belum diketahui.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nampaknya pembukaan McDonald’s ini akan memberikan lebih banyak pilihan kepada pengunjung dan juga penduduk tempatan kerana restoran makanan segera yang terdapat di sekitar Cameron Highlands tidak banyak seperti KFC di Brinchang, Marrybrown dan Pizzarella pula di Tanah Rata.

Mungkin dengan pembukaan McDonald’s di Cameron Highland ini, McDonald’s akan hadir dengan menu unik seperti burger strawberi atau lain-lain menu yang bersesuaian dengan suasana Cameron Highlands. Adakah anda teruja dengan kehadiran McDonald’s di Cameron Highlands?

Sementara itu, kami kongsikan tips untuk yang mahu bercuti ke Cameron Highlands pada pautan di bawah ini.

22 Perkara Dan Tip Yang Ingin Aku Kongsikan Semasa Bercuti Di Cameron Highland

Rasai Pengalaman Penginapan ‘Rare’ Dikelilingi Alam Semula Jadi Di A’moss Farmstay, Cameron Highlands

Hillside Cottage, Penginapan Dikelilingi Alam Semula Jadi Yang ‘Awesome’ Di Cameron Highlands