Rasanya pasti ramai yang rindu dengan keenakkan makanan yang disajikan setiap kali penerbangan AirAsia. Paling kami rindu pastinya kopi ais Vietnam yang hanya boleh dibeli ketika berada di atas udara.

Ramai sebenarnya yang rindu untuk makan juadah yang ditawarkan AirAsia tetapi tidak semua yang mampu untuk terbang setiap masa. CEO AirAsia, Tony Fernandes mendengar keluhan anda dan menerusi kenyataan beliau di Instagram, restoran ‘Santan’ pertama akan dibuka di Mid Valley tidak lama lagi.

Tidak dinyatakan bila Santan akan mula beroperasi tetapi dijangka dibuka dalam masa terdekat. Cawangan kedua Santan pula akan dibuka di Sunway Pyramid Disember nanti.

Menurut Tony lagi, permohonan franchise juga akan dibuka tidak lama lagi. Kita tunggu sahajalah Santan dibuka dan kini, tak perlu tunggu terbang untuk ber-Santan!

Bercakap tentang AirAsia, anda mahu penerbangan yang lebih murah dan selesa dengan AirAsia? Klik pada pautan di bawah. Selain itu, AirAsia Foundation turut melancarkan koleksi ‘GOOD/jahat’ ketika Kuala Lumpur Fashion Week 2019 bulan lalu.

7 Tip Untuk Penerbangan Lebih Selesa Dan Murah Dengan AirAsia

Koleksi AirAsia Foundation ‘GOOD/jahat’ Curi Tumpuan Di Kuala Lumpur Fashion Week 2019