Jika sebelum ini anda hanya mendengar nama restoran ini di dalam filem Hollywood, tidak lama lagi anda berpeluang untuk merasai sendiri kesedapannya.

Taco Bell akhirnya akan membuka cawangan rasmi mereka di Malaysia di Tropicana Gardens Mall. Berita itu diumumkan di laman Twitter Tropicana Gardens Mall dan rata-rata netizen tidak sabar untuk menantikan pembukaan cawangan Taco Bell ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tropicana Gardens Mall ini terletak berdekatan Sunway Giza di Kota Damansara yang boleh diakses mudah dengan MRT Surian.

https://twitter.com/TGardensmall/status/1276822967226216449

Taco Bell merupakan restoran fast-food Amerika Syarikat yang menawarkan menu terkenal Mexico seperti taco, burritos dan quesadillas. Yum! Brands (pengendali jenama KFC dan Pizzahut di Malaysia) adalah syarikat yang membawa masuk Taco Bell untuk pasaran Malaysia.

Taco Bell merancang untuk meluaskan cawangan mereka di Asia Tenggara. Pada awalnya, Taco Bell mahu membuka cawangan di Indonesia pada bulan April tetapi masih beroperasi.

Jangkakan lebih banyak cawangan Taco Bell di Malaysia tetapi jika anda tidak sabar untuk mencubanya, boleh ke cawangan pertama mereka di Tropicana Gardens Mall tidak lama lagi.

Bercerita tentang restoran, ini pula restoran unik yang boleh anda cuba di Ampang. Klik pada pautan di bawah.

Tidak Perlu Ke Thailand, Restoran Thai Di Ampang Ini Tawar Keunikan Hantar Makanan Guna Bot Laju

Gerai Kari Kepala Ikan Bangsar Masih Dibuka, Guna ‘Food Truck’ Di Lokasi Sama

Beroperasi Hampir 20 Tahun, Delicious Group Tutup Semua Cawangan Restorannya Secara Rasmi

Sumber