Pengalaman untuk menonton filem kini berbeza kerana kehadiran internet dan aplikasi yang menawarkan tayangan filem selain daripada pawagam dan DVD atau CD. Berikutan itu, penjualan DVD dan CD tidak lagi rancak seperti dahulu.
Kedai Speedy telah membawakan anda filem dan muzik untuk anda lihat secara ‘live’ di rumah lebih daripada 20 tahun. Terbaharu, seorang pengguna Twitter @putraadibadham telah berkongsi promosi jualan mega kedai Speedy yang menjual pelbagai DVD filem dan CD album di Mid Valley. Promosi mega tersebut adalah kerana kedai Speedy akan ditutup.
https://twitter.com/putraadibadham/status/1170583809462394880
https://twitter.com/putraadibadham/status/1170589924409561089
Bagi anda yang tidak tahu, kedai Speedy ini bukan hanya menjual DVD filem tetapi juga menjual album lagu. Pastinya anda yang suka untuk mengumpul CD album juga tidak akan melepaskan peluang ini. Mungkin kumpul koleksi CD album atau DVD kelihatan ‘old-school’ tetapi sebenarnya ianya sangat ‘cool’ dan bukan senang untuk mengumpulkan ia kerana perlu keluarkan duit yang banyak.
DVD filem dan album dijual dengan harga promosi bermula serendah RM10 sahaja. Promosi tersebut hanya akan berlangsung hingga 15 September 2019 ini.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan ada yang berkongsi bagaimana berusaha mengumpul duit hanya untuk membeli DVD dan terkenangkan memori membeli DVD ataupun CD album.
Banyak kenangan dengan Speedy. Ayah akan bawa kami 3 beradik pergi Speedy sebulan sekali. Sorang pilih satu movie. Jadi tiap-tiap bulan akan ada 3 movie baru dalam collection. https://t.co/cVjsdGp5wV
— ° (@Yusoff_Imran) September 9, 2019
https://twitter.com/alyasofyhmn/status/1171069898665029633
Ahhh teringat dulu every weekend parents akan bawa sini untuk sewa cd, sorang dapat pilih 2 cd. Issa good memories.
— VSR by Ems (@emilylims) September 9, 2019
Tidak dapat dinafikan bahawa ada dalam kalangan anda yang memiliki memori indah bersama Speedy. Kini, Speedy bakal menjadi kenangan dan mungkin anda boleh kongsikan kenangan anda di kedai Speedy?
Adakah anda tahu bahawa bas mini yang penuh nostalgia bakal kembali ke Kuala Lumpur? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Bas Mini Kembali Serikan Kuala Lumpur Selepas 21 Tahun Dihentikan