Pengalaman untuk menonton filem kini berbeza kerana kehadiran internet dan aplikasi yang menawarkan tayangan filem selain daripada pawagam dan DVD atau CD. Berikutan itu, penjualan DVD dan CD tidak lagi rancak seperti dahulu.

Kedai Speedy telah membawakan anda filem dan muzik untuk anda lihat secara ‘live’ di rumah lebih daripada 20 tahun. Terbaharu, seorang pengguna Twitter @putraadibadham telah berkongsi promosi jualan mega kedai Speedy yang menjual pelbagai DVD filem dan CD album di Mid Valley. Promosi mega tersebut adalah kerana kedai Speedy akan ditutup.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/putraadibadham/status/1170583809462394880

https://twitter.com/putraadibadham/status/1170589924409561089

Bagi anda yang tidak tahu, kedai Speedy ini bukan hanya menjual DVD filem tetapi juga menjual album lagu. Pastinya anda yang suka untuk mengumpul CD album juga tidak akan melepaskan peluang ini. Mungkin kumpul koleksi CD album atau DVD kelihatan ‘old-school’ tetapi sebenarnya ianya sangat ‘cool’ dan bukan senang untuk mengumpulkan ia kerana perlu keluarkan duit yang banyak.

DVD filem dan album dijual dengan harga promosi bermula serendah RM10 sahaja. Promosi tersebut hanya akan berlangsung hingga 15 September 2019 ini.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan ada yang berkongsi bagaimana berusaha mengumpul duit hanya untuk membeli DVD dan terkenangkan memori membeli DVD ataupun CD album.

https://twitter.com/alyasofyhmn/status/1171069898665029633

Tidak dapat dinafikan bahawa ada dalam kalangan anda yang memiliki memori indah bersama Speedy. Kini, Speedy bakal menjadi kenangan dan mungkin anda boleh kongsikan kenangan anda di kedai Speedy?

Adakah anda tahu bahawa bas mini yang penuh nostalgia bakal kembali ke Kuala Lumpur? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Bas Mini Kembali Serikan Kuala Lumpur Selepas 21 Tahun Dihentikan

Cawangan KFC Tertua Pulau Pinang Bakal Ditutup

Sumber