Nampaknya Starbucks telah memilih bandar Tokyo untuk membuka cawangan terbesar mereka. Cawangan terbaru mereka ini yang terletak di Nakameguro ini merupakan cawangan ‘Reserve Roastery’ kelima dunia dimana menawarkan lebih banyak pilihan serta rekaan yang lebih premium buat para pelanggan.

Dari segi keluasan, cawangan terbaru ini meliputi bangunan empat tingkat dengan keluasan 32,000 kaki persegi. Menariknya, para pelanggan bukan sahaja berpeluang duduk menikmati kopi malah ruang untuk mengadakan majlis turut disediakan melalui tempahan. Seleksi kopi dan teh dengan lebih banyak pilihan turut tersedia di cawangan terbesar ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rekaan dalamannya juga turut diberi perincian dengan penggunaan material kayu berkonsepkan alam dan kebudayaan di Jepun. Difahamkan pembukaan Starbucks di Nakameguro ini bakal menjadi salah satu tarikan pelancong yang bakal menyaksikan Olimpik pada tahun hadapan yang turut berlangsung di Tokyo.

Starbucks Reserve Roastery Tokyo ini sudahpun dibuka pada 28 Februari lalu dan bertempat di 2-19-23 Aobadai, Meguro-ku, Tokyo. Berikut merupakan antara rekaan dalaman bagi cawangan Starbucks terbesar ini.

starbucks-reserve-roastery-tokyo-japan-1

https___hypebeast.com_image_2019_02_starbucks-reserve-roastery-tokyo-look-inside-2

https___hypebeast.com_image_2019_02_starbucks-reserve-roastery-tokyo-look-inside-4

https___hypebeast.com_image_2019_02_starbucks-reserve-roastery-tokyo-look-inside-5

https___hypebeast.com_image_2019_02_starbucks-reserve-roastery-tokyo-look-inside-6

Sumber