Football Republic semalam melancarkan butik terbesar mereka setakat ini di Sunway Pyramid yang menyediakan kelengkapan bola sepak yang lengkap untuk kegunaan anda.

“Football Republic menawarkan rangkaian produk sukan dan gaya hidup bola sepak yang serba luas dan kami amat berbangga muncul sebagai gedung pertama dalam menawarkan kelengkapan sukan bola sepak terkhusus dan berkualiti di rantau ini,” kata Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Vach Pillutla, CEO of Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, officiating the launch of Football Republic’s flagship store
Vach Pillutla, CEO of Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd

Diasaskan oleh Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, Football Republic bekerjasama rapat dengan rakan-rakan niaga seperti Nike, Adidas dan Puma untuk membawa produk terkini dan berkualiti premium kepada pelanggan tempatan. Antara tawaran hebat daripada Football Republic termasuk rangkaian eksklusif adidas Cold Mode Pack dan PUMA Attack Pack yang hanya boleh didapati di gedung-gedung Football Republic. Sementara itu, adidas A 16+ Ultraboost, salah satu daripada kasut premium yang menjadi idaman ramai, hanya boleh didapati dalam jumlah yang terhad di Football Republic.

Sempena pembukaan gedung ketiganya, Football Republic akan menganjurkan beberapa acara menarik. Pelanggan dan peminat bola berpeluang untuk mencuba adidas COPA 19 Initiator Pack – but tanpa tali pertama yang dihasilkan oleh Adidas – dan memenangi hadiah percuma apabila menjaringkan gol dalam gelanggang bola mini yang disediakan.

Some of the premium product offerings at Football Republic (2)

Di samping itu, Football Republic juga akan menganjurkan pertandingan permainan FIFA19 League secara bulanan, yang dijangka akan melihat pengunjung dan juga penggemar permainan tersebut menyertai pertandingan itu.

Jika anda memang sedang mencari but bola baharu, boleh singgah ke Football Republic Sunway Pyramid kerana sehingga 15 Disember 2018, satu baucar diskaun bernilai RM50 akan diberikan untuk setiap pembelian produk Nike bernilai RM200. Jangan terlepas promosi pembukaan ini.