Mulai menjadi fenomena pada awal tahun lalu, siapa sangka lagu kanak-kanak iaitu ‘Baby Shark’ berjaya memecah rekod lagu-lagu popular sekaligus menjadi video dengan tontonan tertinggi di YouTube.

Difahamkan, lirik serta iramanya yang catchy serta mudah dinyanyikan kanak-kanak seluruh dunia antara yang membuatkan video ini berjaya memperoleh jumlah tontonan yang tinggi. Tidak dilupakan juga tariannya yang sering diikuti kanak-kanak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

maxresdefault (12)

Setakat artikel ditulis, video Baby Shark keluaran Pinkfong! Kids’ Songs & Stories selaku studio dari Korea Selatan ini sudah berjaya mengumpul lebih 7.04 bilion tontonan.

Jumlah tontonan terbaharu daripada lagu Baby Shark ini sekaligus berjaya melenyapkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh penyanyi seperti Luis Fonsi dan Daddy Yankee, Psy serta Wiz Khalifa. Tahniah diucapkan buat Pinkfong! Kids’ Songs & Stories.

Sebelum ini, Amerika Syarikat muncul sebagai lagu ‘Baby Shark’ untuk menyeksa tahanan penjara.

Amerika Syarikat Guna Lagu ‘Baby Shark’ Untuk Seksa Tahanan Penjara

Lagu ‘Baby Shark’ Berjaya Menduduki Carta Billboard Hot 100

 

Sumber