Sepanjang ramadan 2022, selain daripada ucapan selamat berpuasa, netizen di Malaysia sering kali berzikir nama Chef Ammar. Tukang masak yang berasal dari Palestin ini tidak lari dari pelbagai kontroversi dan cerita yang menarik sepanjang bulan puasa.

Jika anda mengikuti rapat cerita-cerita Chef Ammar, anda pasti tahu bagaimana masakan beliau telah menghasilkan barisan yang panjang seawal jam 2.30 petang. Semua ini disebabkan orang ramai berpusu-pusu mahu menjadikan masakan Chef Ammar sebagai juada berbuka puasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Disebabkan barisan panjang yang tidak pernah berkurang, timpul pula satu persoalan, agaknya berapakah yang dihasilkan oleh Chef Ammar dalam masa sehari? Kerana melalui laporan media tempatan, masakan Chef Ammar seringkali laris terjual sehingga habis.

Melalui perkongsian seorang pengguna TikTok Arif Aiman, beliau berkongsi keuntungan yang dihasilkan oleh Chef Ammar dalam masa sehari. Difahamkan Arif telah pun bertanya pekerja Chef Ammar dan beliau mengesahkan bahawa setiap hari mereka menjual 1,200 bekas untuk ayam dan 1,200 untuk kambing.

@arifaimanahmadSetiap tahun konsisten, terbaik 💪🏻🥩

♬ original sound – Arif Aiman

Ayam yang dijual pada harga RM25.00 dengan jualan 1,200 bekeas setiap hari telah memberi keuntungan sebanyak RM30,000. Manakala kambing yang dijual pada harga RM50.00 dengan jualan 1,200 bekas pula telah berjaya memberi keuntungan sebanyak RM60,000.

Keuntungan Chef Ammar dalam masa sehari pula, jika ditambah kedua-dua jualan tadi adalah sebanyak RM90,000 – tanpa menolak apa-apa kos yang tersembunyi. Arif turut berkongsi kiraan sebulan keuntungan Chef Ammar yang mencecah sehingga RM2 juta.

Tidak hairan sebenarnya jika itulah harga yang berjaya diperoleh oleh Chef Ammar dalam masa sehari. Mengikut perkongsian Chef Ammar sendiri, masakan yang dihasilkan telah menggunakan rempah ratus yang berkualiti tinggi selain penjagaan rapi dari Chef Ammar sendiri.

Untuk rekod, Chef Ammar telah lama menetap di Malaysia selama lebih dari 25 tahun dan sangat fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Beliau menjadi tumpuan masyarakat pada bulan ramadan kali ini selepas terpalit dengan beberapa kontroversi antaranya dituduh menjual makanan pada harga yang tinggi serta pernah dimarah pelanggan yang gagal mendapatkan makanan setelah beratur lama.

Kecewa dituduh jual harga Tel Aviv, Chef Ammar jelaskan mengapa juadahnya dijual mahal. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Kecewa Dituduh Jual Harga Tel Aviv, Chef Ammar Jelaskan Mengapa Juadahnya Dijual Mahal

‘Setiap Suapan Jadi Marah’- Ulasan Nasi Arab Chef Ammar Ini Buat Netizen Tidak Senang Duduk

Dimarah Hanya Kerana Utamakan Wanita Mengandung, Chef Ammar ‘Sekolahkan’ Pelanggan Biadab