Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada ahad lalu, seorang lelaki berpakaian seperti Joker telah bertindak menyerang dan mencederakan 17 penumpang keretapi serta membakar keretapi.

Kejadian tersebut berlaku di laluan ekspres Keio menuju ke Shinjuku merupakan stesen kereta api paling sibuk di dunia. Pihak polis berjaya mengawal situasi dan menangkap suspek serta merta ketika kejadian.

Menurut laporan Nikkei Asia, pihak polis mengatakan suspek iaitu Hattori menyesal kerana tidak dapat membunuh sesiapa. Ketika dalam siasatan, Hattori memberitahu pihak polis bahawa dirinya sangat obses dengan karakter Joker dan mengaku mahu membunuh orang agar dikenakan hukuman mati.

Difahamkan, Hattori sudah merancang mahu lakukan serangan ini sejak dari bulan Jun yang lalu apabila dirinya berdepan dengan masalah kerja dan rakan. Hattori tiba di Tokyo pada bulan lalu selepas diberhentikan kerja dan menjelajah beberapa bandar besar sebelum tiba di Tokyo.

Bagi anda yang terlepas apa yang berlaku, klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

‘Joker’ Jepun Bakar Kereta Api, Tikam Orang Ramai Hingga 17 Penumpang Tercedera

Lima Orang Awam Mati Kena Panah Dalam Serangan Rambang Di Norway

Anda Mungkin Suka