Belajar Bahasa Inggeris kini lebih mudah dengan pendekatan yang lebih menarik dan dekat dengan generasi muda iaitu melalui laman sosial, Twitter. Pensyarah Bahasa Inggeris di salah sebuah universiti awam viral dengan penampilannya yang berkostum ke kelas kini mempunyai hampir 58 ribu pengikut di Twitter.

Minatnya dalam menggayakan kostum-kostum cosplay ke mana sahaja termasuk ke kelas atau keluar bersiar-siar bersama keluarga dan rakan-rakan menjadi salah satu tarikan selain daripada raut wajahnya yang seakan-akan Mat Saleh yang menyebabkan beliau terkenal di kalangan pelajar dan pengikut-pengikut di laman media sosial seperti Twitter, Instagram, YouTube dan Facebook.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/thealphafoxtrot/status/969811179202691072

https://twitter.com/thealphafoxtrot/status/969809798337216512

“Alphafoxtrot in other word, ada faham? I hope you learned something new. Cak!” menjadi ungkapan penutup yang wajib digunakan di setiap pengakhiran video Cekgu Zac.

Video-video yang dimuat naik hampir setiap hari ke akaun Twitter beliau kebanyakkannya mengenai perkongsian Bahasa Inggeris termasuk cara sebutan dan penggunaan sesuatu perkataan dalam ayat atau frasa.

https://twitter.com/thealphafoxtrot/status/969061205456207872

Pendekatan ini membolehkan para pengikutnya lebih mudah memahami sebutan dan penggunaan sesuatu perkataan Bahasa Inggeris. Akaun Twitter beliau juga digunakan sebagai platform untuk para pengikut untuk mengutarakan soalan-soalan mengenai subjek yang diajarnya.

Selain daripada cara perkongsian ilmu melalui media sosial, baru-baru ini beliau juga turut memperkenalkan e-book ‘101 PANDUAN ENGLISH CEKGU ZAC’ yang boleh didapati dengan harga serendah RM20. Kalau anda tidak mahu beli pun, boleh ikuti Cikgu Zac di Twitter. Boleh mantapkan bahasa Inggeris secara santai dan fun.

https://twitter.com/thealphafoxtrot/status/961615313337909248