Aku adalah penagih cokodok Abang Zul sejak tiga tahun lalu.

Permulaan perkenalan kami amat mudah. Aku suka cokodok dan dia jual cokodok.

Sebagai pencinta cokodok, aku tak minat cokodok yang sebesar penumbuk, yang diketahui hanya diisi dengan tepung penaik. Orang panggil, cucur kembung.

Mungkin ada yang suka, tapi bukan aku. Tak ada ‘feel’. Rasa tepung yang banyak, pisangnya ‘yillek’.

Susah betul nak cari penjual cokodok jemput kecil di kotaraya metropolitan Kuala Lumpur ini. Masa aku belajar kat Arau dulu, senang aja.

Yang aku suka adalah cokodok pisang yang dijemput kecil, guna jari.

Orang tua-tua kata (yang aku tak ikut), kalau nak cari bini tengok molek mana jemput pisangnya. Kalau bentuk solid bulat, moleklah orangnya. Kalau gerutu-gerutu, itu perlukan lebih latihan.

Cekodok sedap Abang Zul.
Cekodok sedap Abang Zul.

Kali pertama berkunjung ke gerai Abang Zul, aku skeptikal. Ya, cokodoknya dijemput kecil-kecil tapi biasanya untuk jimat kos, ramai penjual lain buat tepungnya yang banyak. Bukan pisang.

It took me few months from my first visit to the foodstall (Abang Zul tumpang ruang kedai orang) sebelum aku risk my life ambil risiko untuk cuba order sepiring (sepuluh biji, RM 1, free lidi cucuk cokodok, hehe..).

Aku tak mahu kecewa seperti pada percubaan lain sebelum ini. Serik. Perit. Menyakitkan bila yang kau makan adalah cokodok tepung, bukan pisang.

Sepiring cokodok sampai, tabahkan hati, dan suapan pertama dimula.

Kau tahu macam mana rasanya bila sebaik kau kunyah cokodok itu, ia rasa PISANG! Bukan TEPUNG!

Tanpa berlengah, aku ‘order’ lagi dua ringgit, bungkus untuk makan di pejabat.

Tak lama lepas itu, aku mula beli banyak, jamu kawan-kawan. Mereka suka dan sekarang kalau nak keluar makan, biasanya ada sahaja yang pesan… adalah dalam 20 ringgit sekali pesan.

Ada sekali tu, Abang Zul cuti panjang. Jenuh aku nak menjawab dengan orang di pejabat. Bila dia buka semula gerai, aku tanyalah, pergi mana cuti panjang tanpa berita…?

“Ada rezeki sikit, ke Australia…” jawab beliau dengan nada rendah diri.

Kata beliau, isterinya ada kerja di sana, jadi beliau ikutlah dengan anak-anak sekali.

Abang Zul juga terbukti jujur. Selalu aja aku perhati, betul ke jumlah biji cokodok yang masuk plastik, terutamanya bila order banyak. Hasilnya tak mengecewakan. Kiraan beliau selalu tepat.

Pernah juga beliau tersilap, aku order 3 bungkus RM3, di samping order lain tapi sebab order hari tu cecah RM 30 sekali beli, dia terlepas pandang.

The next time aku ke gerai, aku bagi tahu dia, dia bungkus terus gantikan tanpa banyak soal.

“Duit dah bayar,kan? Maaf ya salah…” ucapnya.

Aku tanya, apa rahsia resepi cokodoknya.

“Abang banyak guna pisang berangan, campur dengan pisang-pisang lain juga. Emas, Raja, Tanduk.. apa sahajalah yang supplier hantar. Ikut rezeki pelangganlah hari itu dapat pisang apa sebab bekalan pun tak boleh nak tentu sangat…”

Kini selepas tiga tahun jadi pelanggan Abang Zul, cerita pun aku dah cerita banyak, sampailah aku rasa satu tanggung jawab sosial untuk kongsi lokasi markas Abang Zul ini.

Jalan Tun Razak, depan Menara Celcom ada satu deretan gerai makanan dipanggil ‘Pulau’. Cari gerai D’Pulau Impian Cafe. Dia meniaga di situ. Gerai dia kecil sahaja, menghadap jalan utama (Jalan Semarak) dan kedai jual kereta.

Susah sangat, ni aku buatkan lokasi di Google Map. Cari sahaja ‘Zul Cokodok D’Pulau Impian Cafe’ (Direct link di sini).

Alamat dan peta untuk ke gerai Abang Zul.
Alamat dan peta untuk ke gerai Abang Zul.

Beliau buka pada hari kerja (Isnin-Jumaat). Dalam tengah hari tu dah ada dah. Petang… dia tutup bila barang habis.

Selain cokodok, ada juga pisang goreng, keropok lekor dan karipap.

Kalau anda dah jadi pelanggan tetap, nanti Abang Zul akan offer nombor telefon dia, supaya senang. Boleh order dulu, nanti datang pick up sahaja.

Ok semua, harap puas hati dengan penjelasan ini.

Kalau suka cerita ini dan nak sokong Abang Zul, bolehlah share juga di wall anda semua ya.

Aku hidangkan juga sedikit gambar memang dengan niat buat semua terliur.

Sekian.
Ali Imran
Cokodok-Man

(Nota: Abang Zul tak tahu aku buat post ini. Gambar pun aku ambil curi-curi tanpa etika. Semoga Tuhan ampunkan.)

BACA: 12 Lokasi Makanan Sedap Di Batu Pahat, Johor. Boleh Buat Anda Terliur