Celcom hadir dengan satu demonstrasi teknologi panggilan berbentuk hologram yang pastinya akan memberikan anda satu pengalaman berbeza. Teknologi ini akan menghubungkan anda secara maya dalam bentuk hologram.

Teknologi ini pastinya akan menemui anda tidak lama lagi dan menurut pihak Celcom, teknologi ini tidak hanya memberi kelebihan kepada pengguna sahaja malah ia juga mampu diperluaskan dalam bidang perubatan dan pertanian.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, Malaysia kini sedang giat memperluaskan rangkaian 5G ke seluruh negeri di Malaysia. Pastinya anda akan dapat menikmati kelajuan melayari Internet berbanding sekarang.

Jika anda ingin melihat perkembangan teknologi ini, anda boleh ke pameran 5G Malaysia yang akan diadakan di Kompleks Perbadanan Putrajaya pada hujung minggu ini.

Anda Mungkin Suka