Bermula sebagai ura-ura sejak 2019, akhirnya dua syarikat telekomunikasi popular di Malaysia iaitu Celcom dan Digi menerusi syarikat Telenor dan Axiata sah bergabung secara rasmi.

Menerusi persetujuan yang termeterai, syarikat baharu yang dinamakan sebagai Celcom Digi Berhad akan dibentuk di mana transaksi akan dilakukan pada suku kedua 2021.

Dilaporkan Telenor dan Axiata masing-masing akan memegang 33.1% saham dalam Celcom Digi Berhad dan bakal dipengerusikan oleh Dato’ Izzaddin Idris manakala Idhan Nawawi pula dilantik sebagai CEO.

Gabungan dua syarikat telekomunikasi ini secara tidak langsung menjadikan Celcom Digi Berhad sebagai penawar perkhidmatan telekomunikasi terbesar di Malaysia.

Tular pada minggu lalu apabila Xiaomi dilaporkan tampil dengan logo baharu dengan rekaan yang hampir sama setelah membelanjakan sebanyak RM1.24 juta.

Belanja RM1.24 Juta Hasil Sentuhan Pakar, Xiaomi Akhirnya Tampil Dengan Logo ‘Berwajah’ Baharu

4 Perkara Penting Dalam Menjamin ‘Work From Home’ Anda Berjalan Dengan Lancar