Sudah pun selesai memeterai perjanjian pembelian saham DNB, kini pihak Digital Nasional Berhad juga mengumumkan syarikat telekomunikasi akan mula memperkenalkan servis 5G kepada pengguna bermula Oktober 2022 ini.

Setakat ini, pihak Digi, Celcom, TM dan YES telah memeterai perjanjian dalam mendapatkan pegangan saham DNB. Seperti kita sedia maklum, hanya syarikat YES yang menawarkan servis rangkaian 5G mereka kepada pengguna umum.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: DNB

Sementara telco yang lain masih dalam persediaan dengan menyertai DNB untuk menawarkan servis 5G masing-masing buat pengguna tempatan. Infrastruktur DNB kini telah meliputi 33% kawasan berpenduduk di Malaysia dan dijangka mencapai 40% menjelang penghujung tahun 2022 kelak.