Sekiranya anda mengikuti perkembangan syarikat telekomunikasi mudah alih Celcom, telco ini telah menawarkan pelan pascabayar melalui pakej Celcom Blue, manakala pelan prabayar melalui Celcom Xpax.

Terbaru, Celcom telah menawarkan sebuah pelan pascabayar pertama daripada Xpax yang dinamakan sebagai ‘Xpax Postpaid’. Pelan ini bakal mula ditawarkan buat pengguna seawal 18 April 2018 dimana ianya disasarkan buat pengguna berumur 25 tahun dan ke bawah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui pelan Xpax Postpaid, pakej ini mula ditawarkan dengan harga serendah RM50 sehingga RM79. Berikut merupakan penawaran yang ditawarkan melalui Xpax Postpaid.

Screen Shot 2018-04-13 at 4.14.18 PM

Screen Shot 2018-04-13 at 4.15.05 PM

Seperti telco-telco lain, anda berpeluang membuat penambahan dari segi data, panggilan serta internet mengikut kesesuaian anda.

Berdasarkan pakej yang ditawarkan, mampukah pakej ini menjadi pilihan buat ramai pengguna dibawah 25 tahun khususnya pelajar di luar sana?

Baca: Demi iPhone X Berharga RM10, Gadis Ini Sanggup Beratur 4 Malam Lebih Awal

Sumber