Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Bersempena dengan demam Musim Bola yang semakin ‘hangat’ ketika ini, kami yakin anda juga pasti merasa bahangnya menonton 32 pasukan negara bergelut dalam usaha melakar sejarah sebagai juara.

Dalam meraikan kehangatan Musim Bola ini, Celcom tampil memperkenalkan sebuah dunia digital atau lebih dikenali sebagai dunia metaverse khusus buat kaki bola di luar sana.

Dinamakan sebagai Celcom Gila Bolaverse, para peminat seolah-olah ‘berada di Qatar’ dalam menyertai beberapa aktiviti yang diadakan menerusi avatar mengikut kreativiti anda sendiri.

Sertai Bolaverse Hunters

Menerusi Celcom Gila Bolaverse, anda turut berpeluang menjadi Bolaverse Hunters di mana anda perlu mencari 32 bendera pasukan elit bertanding yang disembunyikan.

Gila-Gila Dance

Bukan itu sahaja, anda juga turut berpeluang melakukan beberapa aktiviti lain seperti Gila-Gila Dance dan pelbagai lagi termasuk memuat naik gambar dan kongsi di media sosial.

Peluang memenangi NFT jersi Celcom eksklusif

NFT yang dimenangi berpeluang disimpan dalam wallet terpilih

Uniknya mengenai Celcom Gila Bolaverse, para pengguna bukan sahaja dapat berhibur dengan aktiviti yang ditawarkan malah, turut berpeluang memenangi NFT jersi Celcom eksklusif terhad buat 5 pengguna.

Nak tahu apa yang lebih cool? Anda juga turut berpeluang untuk mendapatkan pas VIP untuk menonton perlawanan akhir di Pavilion Kuala Lumpur! Oh ya, tempat duduk VIP beserta penawaran makanan percuma antara yang disediakan. Serius menarik!

Bagaimana untuk sertai?

Mudah sahaja. Apa yang perlu lakukan anda layari laman rasmi Celcom Gila Bolaverse dengan klik di sini untuk terus bermain bagi merebut hadiah istimewa daripada Celcom. Celcom Gila Bolaverse bakal ditawarkan buat semua pengguna secara rasmi bermula 20 November sehingga 20 Disember ini.

Apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk anda ikuti kehangatan Musim Bola serta raih hadiah istimewa daripada Celcom. Jom!