Debaran pentas AJL35 kian terasa. Walaupun COVID-19 membuatkan tarikh penganjuran AJL35 ditunda, namun itu bukan penghalang untuk anda merasai sendiri kehangatan yang dibawakan oleh pihak Media Prima Berhad bersama-sama Celcom XPAX dalam Cerita Di Sebalik #AJL35.

Nabila Razali menangis kerana Peluang Kedua ?

Bagi Nabila Razali atau lebih mesra dengan panggilan Bella, semestinya tercalon antara 12 finalis adalah sesuatu yang tidak dapat dijangkakan. Mana taknya, pelbagai kontroversi timbul kononnya lagu tersebut berjaya ke pentas #AJL35 kerana dinyanyikan oleh Hael Husaini.

Malah, ada segelintir netizen menidakkan faktor kesihatan yang dialami beliau yang kononnya hanyalah sekadar gimik semata-mata. Kalau anda nak tahu lebih banyak lagi mengenai Bella, saksikan #ceritadisebalik bersama Nabila Razali.

Dato Jamal Abdillah bukanlah seorang yang pendiam – Wany Hasrita

Berduet bersama penyanyi popular atau boleh dikatakan sebagai penyanyi lagenda, Wany Hasrita mengakui itu antara ‘goal’ beliau untuk menjadi anak seni. Dan, sudah semestinya perasaan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Malah, Wany sempat berkongsi bahawa Dato Jamal Abdillah bukanlah seorang yang pendiam cuma kena tahu cara dan topik untuk dibualkan. Jom dengar apa lagi yang Wany kongsikan dalam #ceritadisebalik.

Zizi Kirana jerit kat backstage?

Siapa sangka penyanyi yang berasal dari Sabah ini berjaya melayakkan dirinya ke pentas AJL35 dengan lagu Eh ciptaan Navigator dan Zizi sendiri manakala liriknya pula ditulis oleh Mambang dan Zizi Kirana.

Berkongsi dalam #ceritadisebalik, Zizi Kirana mengakui menjerit dibelakang pentas ketika namanya diumumkan antara finalis pada malam tersebut.

Penyanyi bersuara husky ini juga berkata, persiapan ke pentas AJL35 masih dalam proses namun, Zizi Kirana hanya mahu meluahkan perasaan beliau menerusi persembahannya pada malam itu nanti. 

Nak tahu lebih banyak mengenai #ceritadisebalik Zizi Kirana? Apa kata anda layan video ini dulu.

Shiha Zikir tak tidur gara-gara 7 Nasihat

Penyanyi yang disifatkan sebagai versatile kerana kemampuannya menyanyi dan berlakon ini sempat berkongsi menerusi #ceritadisebalik bahawa, sejak diberi kepercayaan menyanyikan lagu 7 Nasihat dendangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, beliau tidak dapat tidur kerana terlalu risau.

Ini kerana, membawakan lagu penyanyi nombor satu negara bukanlah mudah seperti menonton di kaca televisyen malah, rakan duetnya iaitu Kmy Kmo dan Luca Sickta merupakan komposer lagu 7 Nasihat itu sendiri.

Dan siapa sangka, menurut kedua-dua komposer ini pemilihan Shiha Zikir bagi  menggantikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza adalah pemilihan yang paling tepat. Tidak percaya? Anda boleh layan #ceritadisebalik bersama Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Kumpulan Floor 88 bergaduh kerana lagu Hutang

Pertama kali beraksi di pentas AJL35, Kumpulan Floor 88 mengakui persiapan untuk malam AJL35 telahpun siap sehingga 50 peratus.

Selain itu, Floor 88 sempat berkongsi dalam #ceritadisebalik, lagu Hutang ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi sehingga pernah menimbulkan pergaduhan antara mereka.

Tidak meletakkan harapan yang tinggi, kumpulan ini bagaimanapun akan membuat persembahan yang terbaik kerana menyifatkan lagu ini sebagai batu loncatan untuk kumpulan Floor 88 untuk terus menghasilkan karya yang lebih baik selepas ini.

Nak tahu kenapa lagu Hutang ini buat mereka bergaduh? Anda kena tengok sendiri #ceritadisebalik Floor 88.

Untuk mengetahui lebih banyak lagi mengenai finalis AJL35, jangan lepaskan peluang anda untuk menonton #ceritadisebalik bermula 11 Januari ini sehingga 1 Februari 2021.

Bagi anda yang tidak mahu terlepas menonton Cerita Di Sebalik #AJL35, anda boleh menontonnya menerusi YouTube rasmi TV3Malaysia Official.

Terus rancakkan kehangatan anda dengan Cerita Di Sebalik #AJL35 bersama Celcom XPAX Truly Unlimited dengan 2 kali kelajuan lebih pantas. Apa tunggu lagi, langgan sekarang untuk rangkaian terluas anda.