Sebut sahaja Celcom kami yakin majoriti Rakyat Malaysia sudah cukup kenal dengan telco yang telah menempah nama sekian lama ini. Sepanjang 3 dekad beroperasi juga Celcom telah berjaya menjadi antara telco yang paling digemari pengguna.

Sempena Hari Raya ini, Celcom dengan rendah hati ingin membalas jasa pelanggan setianya dengan penawaran diskaun menarik hasil kerjasama bersama 10 syarikat ternama antara Zalora, Malindo, Qatar Airways dan Kenny Rogers Roasters.

Dengan penawaran sehingga 30 Jun 2017 ini, Celcom dengan kerjasama pelbagai pihak telah menawarkan diskaun menarik khusus buat para pengguna. Apa yang best mengenai diskaun ini adalah, ianya meliputi pelbagai niche termasuk travel, kecantikan, shopping serta rebat sempena berbuka puasa. Best betul!

Berikut merupakan cadangan bagaimana anda dapat memanfaatkan kempen RayaRamadhan Loyalty anjuran Celcom ini.

Pakaian dan kelengkapan Raya

Memandangkan Hari Raya yang bakal tiba tidak beberapa hari sahaja lagi pastinya anda mahukan sebuah pakaian yang serba baru. Jangan risau, dapatkan saja terus melalui Zalora dan Shopback Raya dengan diskaun sehingga 20%. Bolehlah anda berhari raya dengan pakaian bergaya dan serba baru.

Makanan

Sumber: MyDailySales
Sumber: Lipstiq

Sekiranya anda sedang mencari lokasi menarik untuk berbuka puasa, jangan risau. Kenny Rodgers Roasters dan Swiss Garden antara destinasi yang boleh anda tuju dengan penawaran diskaun sehingga 35%.

Kecantikan

Khusus buat para wanita yang ingin tampil anggun di Hari Raya ini, anda juga berpeluang untuk mendapatkan diskaun melalui tawaran daripada Fave dan Bizzy Body. Berbaloi bukan?

Travel

Sesuai buat yang mahu pulang beraya di kampung halaman, Celcom dengan hasil kerjasama Lintas Travel Ramadhan turut menawarkan diskaun menerusi penerbangan MAS, Malindo dan Qatar Airways. Khabarnya anda mampu mendapatkan tiket perbangan serendah RM130 sahaja!

Di samping itu, para pengguna Celcom turut berpeluang untuk berhibur di Lost World of Tambun, Pulau Kapas dan Bukit Gambang Resort City dengan tawaran yang menarik melalui Lintas Travel Ramadhan.

Sumber: LittleStepAsia

Selain itu Legoland mungkin antara destinasi yang anda boleh masukkan di dalam wishlist anda kerana Celcom turut memanjangkan tempoh diskaun ke Legoland sehingga 31 Julai 2017. Dikhabarkan semuanya dilakukan atas tanda terima kasih buat para pelanggan yang setia bersama Celcom.

Nak tahu apa lebih menarik? penawaran diskaun ini bukan sahaja ditawarkan buat pengguna Celcom #First Gold malah kesemua pengguna Celcom #First Blue turut berpeluang menikmati diskaun yang sama.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran daripada #Celcom ini, anda boleh layari laman web Celcom untuk maklumat lanjut.